Pages

Follow nopalhanif on Twitter

Wednesday 18 May 2011

A level

0arini memang nak research pasal tempat aku nak wat A level je. kat KOLEJ MARA SEREMBAN. 

terletak di Jalan Aminuddin Baki, Seremban. KMS ialah antara kolej MARA yg paling kecil . semoga semua pelajar tajaan MARA ini akan cemerlang 100% & layak utk meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti luar negara bawah tajaan MARA. bagi program A-Level, pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya 13 point & ke atas , program dilaksanakan dalam masa 2 tahun di KMS. untuk makluman semua, P&P di KMS akan berlangsung dalam Bahasa Inggeris. dan kelasnya berjalan dgn agk laju , bersedialah ! :D


utk room mate , biasanya ikut tahun-tahun terdahulu, mereka guna kaedah masa pendaftaran. kalau si A & si B ni daftar sama-sama, maka insyaAllah mereka akn jadi room mate.. sebilik kuota nya utk 3 org sahaja. sangat selesa saya kira & anda tidak digalakkan utk menukar room mate sesuka hati. Toilet tiada di dalam bilik. toilet tu merangkumi bilik mandi, tempat membuang hajat & tempat membasuh baju. bukan kolah ye , hahah .

ni harga tiket bas MARA Liner yg straight ke Seremban. yg memerlukan transit sy tktau ye, harap maaf .
  • Bdr Tun Razak (PHG) ke Seremban : RM 11.70
  • Chini ke Seremban : RM 16.80
  • Hentian Putra ke Seremban : RM 5.50
  • Rompin ke Seremban : RM 21.60
  • Muadzam Shah ke Seremban : RM 14.80
selain bas, anda juga boleh memilih untk menggunakan khidmat KTM Intercity . ini senarai stesennya :

Padang Besar > Arau > Alor Star > Sungai Petani > Butterworth > Bukit Mertajam > Taiping > Ipoh > Jalan Tapah > Tanjung Malim > Rawang > KL Sentral > Kajang > Seremban > Pulau Sebang/Tampin > Pertukaran Gemas > Segamat > Labis > Paloh > Kluang > Kulai > JB Sentral > Tanjong Pagar (SG)

facilities nya pn boleh tahan bnyk jugak di KMS ni. ada tasik yg bernama Lake Garden (bukan kat dalam KMS lahh), sebuah gelanggang bola jaring, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang separuh, gelanggang tenis, gelanggang badminton dan juga gelanggang sepak takraw dalam kawasan asramanya. tapi tiada padang ye, harap maklum.

kemudahan kemudahan lain seperti : Surau Al-Furqan , Pusat Pelajar , 2 buah dewan serbaguna (Dewan Tun Hussein Onn - tempat exam) & koperasi .

utk masalah kesihatan , KMS mempunyai klinik panel yg tersendiri & kemudahan pengangkutan van ada disediakan utk ke klinik tersebut .

pada hari pendaftaran saya yakin akan ada taklimat dulu. harapnya tak bosan sangat lah. pelajar baru yg akan mendaftar nnti akn menjalani orientasi dulu selama 5 hari. mcm biasa lah kan.. life dekat KMS ni lebih kurang mcm life style dekat MRSM. al maklum lah , KMS ni dulu-dulu nya MRSM Seremban.. tp tak strict mcm sekolah laa.. hari-hari boleh keluar kalau takde class, tp mesti balek before 7pm. (ade CCTV okayy) and handphone pn boleh bawak, bukan mcm zmn skola dulu.. bukan handphone je, laptop pn boleh :)


 

destinasi berjalan-jalan dekat area KMS tu pn bnyk juga.. sbb KMS ni dekat dalam bandar. ada Terminal 1 *tp cinema dekat sini bnyk cerita tamil je & seat nya rendah. so jadikan tmpt ni utk shopping je lah), ada The Store Seremban Centre Point (jalan kaki pn boleh), ada Seremban Parade (jalan kaki 15 minit perjalanan) utk bermain boling :D , ada Seremban 2 Shopping Centre (kat sini tgk wyg best, and ade Jaya Jusco skali. can go there by taxi), boleh juga ke Kuala Lumpur menaiki bas RM 6 sejam perjalanan (menurut anas murah & selesa mcm bas ekspres). KL lagi dekat dgn KMS compare dgn PD. tapi sy tak pasti sama ada tiap tiap minggu boleh balik rumah ke tak.. ohh lupa, stesen KTM pn dekat je dgn KMS. boleh ambil teksi ke sana dgn byrn lebih kurang RM 6. *amaran : teksi di Seremban kebanyakannya tidak menggunakan meter, jadi naek lah beramai ramai utk caj yg lebih murah* tp jgn leka ye dgn bnyk tempat yg best best ni ;)

di Seremban juga ada kemudahan penginapan utk sesiapa yg dtg dr jauh & tak larat nk meneruskan perjalanan pulang pd hari yg sama .
extra : Seremban map

elaun akan diberi RM 100 sebulan & akan dibayar bulan-bulan , jgn risau.. mungkin duit raya anda semua lagi banyak kan . hahah . tp life dekat KMS ni dgn RM 100 elaun sebulan dah memadai.. sbb makanan dah disediakan 6 kali sehari. (makan dalam pinggan guna tgn. tp sudu & garfu ada disediakan) lg pun tujuan kita ke KMS ni kan nk belajar, bukan berjoli. (cewahhhh :P)

yuran pendaftaran utk program A-Level : RM 20,000 . manakala utk program IB pula antara RM 30,000 hingga RM 40,000 . tp jgn terkejut ! urut dada masing-masing. kita tak perlu bayar sebanyak ni. kita bayar dalam lebih kurang RM 1,500 je. yg lain semuanya bawah tanggungan MARA. tp RM 1,500 itu pn boleh di claim semula nanti insyaAllah..

info-info lain :
  • Satu kelas terdiri daripada lebih kurang 20 orang pelajar sahaja.
  • Kaum Hawa mendominasi program IB (utk medic 2010 : 17 L + 38 P = 55), manakala program A-Level didominasi oleh kaum Adam .
  • Kelas medic + dentistry bergabung. 
  • Program IB sgt susah , A-Level lebih senang , kottt :P
  • Asrama L (Farabi & Aminuddin) dan asrama P (Aisyah & Balqis - yg akn kita [junior] duduki) masing masing mempunyai 2 blok.
  • terdapat 3 blok akademik
    • Makmal - blok 4 tingkat
    • perpustakaan (2 tingkat ber-'air cond' & dewan kuliah - 1 blok
    • kelas-kelas pembelajaran - 1 blok berbentuk heksagon
  • Tiada wireless di asrama kecuali di Pusat Pelajar & koperasi. kalau ada pun mungkin signalnya very low, oleh itu sesiapa yg ada broadband, silalah bawa..
  • Laptop juga adalah satu keperluan memandangkan kebanyakan assignment memerlukan penggunaan laptop bermula daripada bulan ke-2 bergelar pelajar KMS, iaitu bulan Ogos. laptop bawak ke kelas bila perlu sahaja. masa yg tak perlu tu, simpan di asrama.
  • Pembelian laptop adalah sdn bhd. hanye bila dah melanjutkan pelajaran ke luar negara sahaja MARA akan beri peruntukan utk membeli laptop. bagi yg dah beli awl-awl, duit yg anda dpt nnti boleh lah guna utk keperluan lain.
  • Graphic Display Calculator (GDC) yg berharga RM 460 juga adalah satu keperluan utk pelajar program IB. boleh dibeli drpd pensyarah di KMS nnti.. guna duit sendiri dulu, boleh di claim masa sem 2 nnti. harganya mahal sbb ada banyak function.
  • Perhimpunan cuma diadakan sebulan sekali. perhimpunan yg tidak bosan. ada  persembahan, video presentation & ucapan-ucapan yg ringkas sahaja.
  • Usrah mingguan adalah diwajibkan.
  • Solat berjemaah di surau adalah optional.
  • Saluran Astro pn ada. sebuah Plasma TV ada diletakkan di dewan makan.
  • Roll Call seminggu sekali. inspection jarang jarang sekali..
  • Cadar sila sediakan dari rumah.
  • Electronic Dictionary bukan satu keperluan..
  • Pad Lock utk almari anda utk pastikan laptop, GDC & brg-brg lain selamat. tp kes kecurian jarang berlaku. ini utk precaution sahaja..
  • dress code ke kelas
    • L : kemeja + slack + kasut kulit hitam/brown bertutup. kanvas tidak dibenarkan
    • P : baju kurung + tudung (ape-ape style pn boleh) + kasut hitam/brown bertutup
  • ada gerai yg dibuka setiap malam. menu yg dijual : burger & mknan bergoreng (nasi, kuey tiaw, mee, etc..)
  • peralatan elektrik yg dilarang : toaster , rice cooker , heater , extension wire
  • presentation dlm kelas adalah perkara biasa . which means selalu ada lah .
  • buku rujukan SPM digalakkan bawak.
  • buku-buku lain MARA yg beri peruntukan .
  • perkhidmatan dobi ada disediakan 2 kali seminggu. bayaran utk dobi dibayar mase pendaftaran. caj tambahan RM 1 dikenakan kalau nk keringkan sekali cucian anda tu . tp kebanyakan dryer dah rosak .
mmg agk bnyk duit yg keluar mula-mula ni. tp utk berjaya, kenalah berkorban sikit kan.. duit yg lebih jgn bazir. belilah ubat nyamuk utk membunuh nyamuk yg banyak di sana nnti.. jadi bersiap sedia lah nk menempuh alam kehidupan & pembelajaran di KMS bermula 30 Jun nnti . harap jgn ada yg homesick nk balik ehh.. belajar sungguh-sungguh ! sbb kita semua tak confirm lagi akan fly. kalau result tak berapa nk cemerlang, blaja dlm negara je lah jwbnya.. selamat berdikari ! :)


PS. utk sbrg prtanyaan, sila hubungi 06-762 2372 atau pn fax kan ke 06-763 4891 . atau pun tunggu je posmen anta...

PERHATIAN : ini bukan num telefon saye ye , ini pejabat KMS punye :)


SUMBER : laman web rasmi KMS , laman web rasmi MARA , google .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...